Tutorial Menggunakan Naracards Osaka – Memahami Setiap Informasi dalam setiap Kad Naracards

 

Sebelum menggunakan Naracards Osaka, sila pastikan anda telah muat turun QR scanner di telefon bimbit anda. 

Ini untuk memastikan QR Code pada setiap kad berfungsi dengan baik.

Muat turun QR scanner seperti di bawah ini :




Seterusnya, anda boleh mula untuk scan kad scan me di bawah untuk mendapat subway map supaya anda dapat memudahkan perjalanan anda nanti.



Lihat pula kad “"How To Use Naracards" (cara-cara menggunakan Naracards). Berikut adalah penerangan lanjut mengenainya,

1. Plan your trip and keep only required cards in your wallet.

Naracards Osaka merupakan koleksi destinasi pelancongan menarik di Osaka, Jepun. Namun begitu anda tidak semestinya perlu membawa semua kad. Rancang perjalanan terlebih dahulu dan hanya bawa kad yang diperlukan sahaja di dalam dompet anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyusun kad-kad yang diperlukan mengikut hari lawatan.

2. Show your card to taxi driver or local people in order to get assistance

Tunjukkan kad kepada pemandu teksi atau orang awam untuk mendapatkan bantuan. Maklumat nama lokasi dan alamat di dalam bahasa jepun akan memudahkan pemandu teksi tempatan.

3. If taxi driver not sure about the destination, use the destination address provided.

TEKSI: Maklumat di dalam bahasa Jepun memudahkan teksi tempatan yang tidak boleh bertutur dalam bahasa inggeris


ORANG AWAM: Jika berada di subway dan tidak pasti arah atau tidak pasti bagaimana membeli tiket subway yang betul. Anda boleh tunjuk Naracards pada orang awam yang ada di situ atau pembantu kaunter tiket untuk mendapatkan bantuan.

4. The cards are strategically arranged with numbering system to ensure smooth movement

Cara menyusun Naracards dengan baik adalah dengan melihat nombor pada naracards dan subway line pada kad. Lihat contoh susunan dibawah berdasarkan naracards nombor dan subway line.

Susunan kad no 11,12,13 dan 14 menggunakan subway Sakurajima Line dan Chuo Line

Lihat susunan kad diatas. Ia disusun dengan nombor subway line yang sama. Tujuannya bagi mengelakkan anda bertukar-tukar subway dan secara tak langsung anda jimat masa perjalanan dari satu tempat ke tempat lain.

5. Scan the QR code provided to keep track the destination you are heading to. The QR code may integrate with maps application in your smartphone.

Scan QR code menggunakan QR scanner yang telah dimuat turun sebentar tadi. QR code ini bertujuan untuk mendapatkan pandu arah. QR code mempunyai beberapa tujuan seperti:-

>> Memandu kereta di Jepun. Scan QR code untuk mendapatkan pandu arah

>> Apabila sampai di stesen subway tetapi tidak pasti kedudukan atau arah destinasi, scan QR code untuk dapatkan pandu arah.

>> Anda boleh semak jarak anda berada dan lokasi destinasi, Scan QR code dan dapatkan idea untuk ke destinasi samaada menggunakan teksi atau subway.